Remdesivir

Berkenaan dengan Remdesivir

Remdesivir adalah ubat yang masih dalam eksperimen. Ia sedang dikaji lagi untuk digunakan untuk merawat keadaan yang disebabkan oleh coronavirus, atau pun dikenali sebagai COVID-19 atau Wuhan virus. Pada ketika ini, ia masih belum boleh diketahui bahawa adakah remdesivir adalah rawatan yang berkesan dan selamat.

Remdesivir masih belum lagi diluluskan untuk merawat coronavirus atau COVID-19 atau Wuhan virus. Pada ketika ini, WHO dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah membenarkan penggunaan remdesivir secara kecemasan sahaja, hanya pada orang dengan COVID-19 yang berada di hospital and dalam keadaan tenat. Anda mesti berada di bawah jagaan doktor semasa menerima rawatan remdesivir ini. Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah membenarkan penggunaan remdesivir kecemasan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19. Remdesivir juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Remdesivir biasanya diberikan sekali sehari sehingga 10 hari. Dos terbaik pada penghidap COVID-19 adalah masih tidak diketahui pada ketika ini. Anda memerlukan ujian darah yang kerap untuk memeriksa fungsi hati anda. Anda mesti berada di bawah jagaan doktor semasa anda dirawat dengan remdesivir untuk COVID-19. Remdesivir diberikan sebagai infus ke vena. Penyedia perkhidmatan kesihatan akan memberi anda suntikan ini.

Beritahu doktor anda jika anda pernah ada alahan, penyakit hati atau buah pinggang, ataupun apa-apa keadaan perubatan yang serius belum ini. Beritahu juga kepada doktor jika anda adalah hamil atau tengah menyusu pada ketika ini, sebelum mendapat rawatan remdesivir daripada doktor. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan secepat mungkin, jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi seperti sukar bernafas, gatal-gatal, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Beberapa kesan sampingan mungkin berlaku semasa suntikan. Beritahu penjaga anda dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala seperti menggigil, berpeluh secara bertingkatan, perasaan ringan atau perasaan pengsan, atau loya muntah. Termasuk juga kesan sampingan seperti fungsi hati yang tidak seperti biasa, sakit, lebam, bengkak and pendarahan di sekitar jarum suntik.

Jauhkan ubat remdesivir ini dari jangkauan kanak-kanak. Jangan sekali-kali berkongsi ubat anda dengan orang lain. Kegunaan ubat ini hanyalah seperti petunjuk yang ditetapkan pada pesakit individu. Sentiasa berjumpa dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk memastikan maklumat yang dipaparkan di halaman ini sesuai dengan keadaan peribadi anda.