Xenazine

Berkenaan dengan Xenazine

Xenazine (tetrabenazine) mengurangkan jumlah bahan kimia tertentu dalam tubuh yang terlalu aktif pada orang dengan penyakit Huntington. Xenazine digunakan untuk merawat korea Huntington (pergerakan otot yang tidak terkawal).

Anda tidak boleh menggunakan Xenazine jika anda mengalami kemurungan teruk atau tidak diubati, pemikiran negatif atau jika anda telah mengambil reserpine dalam tempoh 20 hari yang lalu. Anda mungkin mengalami kemurungan atau pemikiran tentang bunuh diri ketika mengambil ubat ini. Adalah dinasihatkan uspaya berjaga-jaga dengan perubahan dalam mood atau gejala pada diri anda. Laporkan sebarang gejala baru atau gejala yang semakin buruk kepada doktor anda.

Jangan gunakan Xenazine jika anda telah menggunakan perencat MAO sejak 14 hari lalu. Interaksi dadah berbahaya boleh berlaku. Berhenti mengambil Xenazine dan hubungi doktor anda sekaligus jika anda mengalami gejala-gejala yang baru atau semakin teruk seperti murung, penyakit mental dan fizikal dan hilang keseimbangan badan seperti susah untuk mengawal otot. Anda tidak boleh menggunakan Xenazine jika anda alah kepada tetrabenazine, atau jika anda mengalami kemurungan atau penyakit hati.

Xenazine mungkin boleh meningkatkan risiko kemurungan atau pemikiran tentang bunuh diri. Doktor anda perlu menyemak kemajuan anda pada lawatan biasa. Keluarga atau penjaga anda juga perlu berjaga-jaga terhadap perubahan dalam mood atau gejala anda. Xenazine mungkin akan membahayakan bayi yang belum lahir. Beritahu pihak perubatan anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil pada masa yang dekat. Tiada penyelidik yang terperinci terhadap kesan penyusuan bayi dengan penggunaan tetrabenazine. Anda diharam untuk menyusu semasa menggunakan ubat ini.



Ambil Xenazine sama seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi yang dibagi. Doktor anda mungkin akan mengubah dos anda untuk meningkatkan hasil yang terbaik dari tempoh pengambilan ubat. Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Anda digalakkan mengambil ubat ini sebelum atau selepas makanan.

Hubungi doktor anda jika gejala anda tidak bertambah baik, atau jika mereka menjadi bertambah teruk. Anda tidak dibenarkan untuk berhenti menggunakan Xenazine secara tiba-tiba atau gejala anda boleh kembali. Usaha dahulu mungkin disia-siakan jika gejaga kembali kerana berhenti penggunaan Xenazine. Bincang dengan doktor anda sebelum anda ingin berhenti mengambil ubat ini. Nasihat akan diberikan berdasarkan tahap kesihatan pada masa itu. Jangan sekali-kali mengabaikan tanda-tanda tindak balas alergi terhadap Xenazine seperti susah nafas atau bengkak di bahagian muka. Dapatkan pertolongan perubatan secepat mungkin jika terdapat tanda-tanda alergi.

Jika berdepan dengan gejala baru atau gejala bertambah teruk, anda perlu melaporkan kepada pihak kesihatan. Anda mungkin berdepan dengan perubahan emosi atau mental. Tingkah laku boleh berubah seperti merasa impulsif, hilang kesabaran atau merasa marah tanpa sebab. Anda juga mudah berasa tertekan dan gelisah, sesetengah pengguna boleh berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau menamatkan nyawa sendiri. Kedua-dua aspek mental atau fizikal boleh dikacau jika menggunakan Xenazine.

Ubat-ubatan lain mungkin berinteraksi dengan Xenazine seperti tetrabenazine, termasuk ubat-ubatan preskripsi lain daripada doktor, sama ada vitamin atau pil tambahan yang lain. Produk herba tradisional juga mungkin berinteraksi dengan Xenazine. Beritahu setiap penyedia penjagaan kesihatan anda mengenai semua ubat yang anda gunakan sekarang dan sebarang ubat yang anda mulakan atau hentikan menggunakan.